Azmin Gesa PKR Tinggalkan Budaya Cium Tangan

KUALA TERENGGANU ― Datuk Seri Azmin Ali menggesa PKR meninggalkan “budaya Umno” yang suka mencium tangan, membodek dan mendewakan pemimpin yang didakwa menular dalam partinya.

“Saya nampak budaya cium tangan seperti dalam Umno sudah berlaku dalam PKR sekarang,” kata timbalan presiden PKR ketika berkempen bagi mempertahankan jawatan itu.

“Saya hendak ingatkan supaya semua anggota parti setia kepada perjuangan dan jangan taksub kepada pemimpin kerana budaya ini tidak sihat,” katanya lagi seperti dilapor Berita Harian.

Azmin, yang juga menteri hal-ehwal ekonomi, menyeru penyokongnya di sini agar “berpegang kepada idealisme perjuangan” dan menolak “budaya membodek dan mendewa-dewaka pemimpin”.

Majlis ucapannya yang bertajuk Pidato Malaysia Baru turut dihadiri dua naib presiden Tian Chua dan Shamsul Iskandar Md Akin, dan juga ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.