Ahmad Zahid Terima Kunjungan Rasmi Delegasi Britain

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan rasmi daripada delegasi kanan Britain.

Portal UMNO Online melaporkan, kunjungan diketuai Timbalan Menteri Luar Bagi Hal-Ehwal Asia-Pasifik dan Komanwel, Mark Field itu turut disertai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, David Thomas dan Setiausaha Pertama, Tom Soper.

Kunjungan sedemikian adalah yang pertama diadakan semenjak Ahmad Zahid memegang jawatan Presiden UMNO.

Dalam pertemuan selama 40 minit itu, kedua-dua pihak saling bertukar fikiran dan pandangan termasuk kedudukan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO di dalam situasi ‘kerajaan menunggu’ atau government-in-waiting.

Perkara lain yang disentuh adalah kerjasama Britain dengan UMNO dan isu–isu berkenaan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Turut tidak ketinggalan isu jenayah keganasan dan keselamatan di Laut China Selatan. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.