Wow! 9 Supermodel Dengan Warna Kulit Yang Menakjubkan

Setiap manusia yang lahir di dunia ini pasti memiliki keunikan masing-masing. Baik keunikan fizikal maupun karakter. Ia adalah semula jadi dan tidak boleh dipertikaikan.

Bercakap mengenai keunikan fizikal, secara amnya tidak banyak yang kita lihat seseorang itu mempunyai keadaan fizikal yang berbeza dari orang lain.

Orang yang mempunyai karakter fizikal yang berbeza ini, mereka sangat unik.Terdapat sembilan orang yang mempunyai keunikan warna kulit yang luar biasa.

Jika umumnya orang yang mempunyai keunikan akan malu dan kelihatan tidak yakin, perkara yang berbeza pula berlaku kepada mereka .

1. Winnie Harlow
1

Winnie Harlow mempunyai vitiligo. Keadaan tersebut membuat kulitnya bertompok. Tetapi dia bernasib baik. Suatu hari Tyra Banks melihat gambarnya di Instagram dan menjemput beliau untuk ambil bahagian dalam America ‘s Next Top Model.

Walaupun Winnie tidak menang, dan mendapat tempat ke-5, dia mempunyai ramai peminat dan mendapat beberapa tawaran daripada nama-nama besar dalam industri pemodelan.

Dia juga sekarang adalah seorang model, jurucakap dan aktivis terkenal.

2. Connie Chiu

1

Connie berasal dari Hong Kong. Wanita yang dibesarkan di Sweden ini belajar seni dan kewartawanan. Dia satu-satunya dari ketiga adik beradik yang dilahirkan dengan penyakit Albino.

Connie memulakan pemodelan dan kariernya sebagai penyanyi jazz pada usia 24 tahun. Bakatnya digabungkan dengan penampilannya tersendiri membuatkan dia menonjol.

3. Khoudia Diop

1

Khoudia Diop sering diejek sejak dari kanak-kanak kerana kulitnya yang gelap. Walaupun keadaan nya begitu, gadis Senegal berusia 19 tahun itu bertemu dengan agensi pemodelan yang menawarkan kerja pemodelan kepadanya.

Sekarang dia mempunyai hampir setengah juta pengikut Instagram dan dikenali di seluruh dunia kerana penampilan yang cantik dan unik.

4. Nikia Phoenix

1

Nikia dijumpai oleh Alternative Apparel ketika dia sedang menikmati secawan kopi di sebuah kafe kecil. Penampilannya yang unik, terutama gabungan warna kulit dan bintik-bintik yang menutupi seluruh tubuh telah menjadikan dia terkenal.

5. Stephen Thompson

1

Lelaki Amerika ini tidak bermimpi untuk menjadi model. Dia menjalani kehidupan sehariannya seperti biasa, sehinggalah pada suatu hari dia bertemu dengan seorang jurugambar yang begitu teruja dengan Stephen.

Jurugambar tersebut meyakinkannya  untuk mengambil beberapa gambarnya. Dia kini menjadi model yang berjaya yang gambarnya sering dilihat dalam majalah fesyen dan beberapa jenama fesyen yang bekerjasama dengannya.

6. Ava Clarke

1
1 ()

Ava adalah seorang gadis yang benar-benar unik. Pada usia 9 tahun dia sudah menjadi seorang bintang. Dia menghiasi halaman Vogue, VIP dan Denim dan dia mempunyai peminat di seluruh dunia.

Ava adalah Albino Afrika Amerika. Dia lahir dengan kulit sangat unik  mata biru kehijauan, bibir merah muda dan rambut keriting yang sangat indah.

7. Lola Chuil

1
1 ()

Lola Sudah  mempunyai 489,000 pengikut di instagramnya . Dia adalah gadis sekolah tinggi di LA. Dia sangat luar biasa cantik dan unik sehingga kami tidak percaya bahawa dia belum pernah diterima oleh agen model.

Tapi semua peminatnya percaya bahwa dia mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang modeling pada masa depan.

8. Cooper Thompson

1
1 ()

Cooper adalah seorang pemuda dari Sydney, Australia yang tidak pernah terfikir untuk menjadi model. Sebenarnya, dia telah didekati  oleh fotografer dan perwakilan agen pemodelan selama bertahun-tahun sebelum akhirnya dia memutuskan untuk bersetuju dalam bidang permodelan.

Cooper memiliki kecantikan yang begitu halus sehingga sukar untuk percaya bahawa dia adalah seorang manusia  dan bukanlah patung Yunani dari abad ke-18.

Kulitnya yang pucat dan rambut ikal keperangan menyempurnakan diri Cooper.

9. Nastya Zhidkova

1
1 ()

Nastya Zhidkova adalah seorang gadis berusia 21 tahun dari Rusia. Albinismenya membuatkan dia kelihatan lain dari orang lain dan hampir seperti pari-pari dalam gambarnya. Dia juga seorang penyanyi yang berbakat dan video nyanyiannya  boleh dijumpai di Youtube.

Mereka ini kelihatan unik dan cantikkan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.