Video Rafizi Sebut Perkataan Bodoh 50 Kali Tular

Satu video yang memaparkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang menyebut perkataan bodoh, sebanyak 50 kali, telah menjadi viral di media sosial dan turut dikongsi dalam aplikasi whatsapp.

Video itu menunjukkan Rafizi memarahi pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor dengan menggelarnya bodoh.

Menurut Rafizi, jika Rizal mahu menyamannya kerana dipanggil bodoh, maka beliau boleh berbuat demikian.

Rizal dalam kenyataan sebelum ini mempertikaikan bagaimana Invoke yang diasaskan Rafizi menggunakan sumbangan dana orang ramai, terutamanya bayaran kepada sebuah syarikat yang membekalkan tenaga kerja kepada badan kaji selidik itu, KEIP Resources Sdn Bhd.

Rizal mendakwa carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan Rafizi pemegang saham utama syarikat itu.

Susulan itu Rafizi mengumumkan beliau mempertimbangkan untuk memfailkan saman terhadap Rizal kerana menuduhnya tidak jujur dan mencuri wang rakyat melalui badan kaji selidik Invoke.

Video itu kini tular di media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.