Video – NGO Gesa Tubuh RCI Siasat Pembunuhan Jalil Ibrahim

PUTRAJAYA – Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP) menggesa agar Jabatan Peguam Negara menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kes pembunuhan Penolong Pengurus Bessr BMF, Jalil Ibrahim.

Menurut Presidennya, Ramesh Rao, bukti yang diberikan sudah cukup dan tidak ada alasan lagi untuk Peguam Negara tidak melaksanakan RCI.

“Bukti sudah cukup jadi peguam negara sudah tidak ada alasan lagi untuk tidak tubuhkan RCI dengan segera dan buka balik kertas siasatan dengan segera.

“Jadi sudah tiada lagi alasan kerana dengan jelas dalam surat ini akan memberi kerjasama dan akan menawarkan apa yang dia ketahui.

“Saya minta Jabatan Peguam Negara tidak melengahkan masa dan segerakan penubuhan dan perlaksanaan RCI untuk dapatkan keadilan kepada arwah Jalil Ibrahim dan kembalikan harta-harta yang dia rembat oleh kepimpinan yang terdahulu,” katanya ketika ditemui media selepas menyerahkan memorandum di Jabatan Peguam Negara.

Dalam Pegawai Tugas-Tugas Khas PMSP, Shafik Abdullah, RCI ini bakal menyiasat 4 perkara penting yang berkaitan antara satu sama lain.

“Sebab kes ini melibatkan 4 perkara yang penting iaitu skandal kewangan BMF, Pembunuhan arwah Jalil Ibrahim, kes-kes yang berkaitan dengan BMF dan penglibatan Mahathir dan Daim dalam kes ini.

“Daripada awal sehingga hari ini, motif pembunuhan belum di established kan dan kami mahu Jabatan Peguam Negara established kan,” ujarnya.

Ekoran daripada itu, beliau menggesa agar RCI ditukar kepada RCII bagi melakukan siasatan sepenuhnya.

“Kami harap kali ini bila menggunakan istilah Royal Commision of Inquiry kami harap pihak peguam negara akan tambahkan lagi satu I iaitu Royal of Commision Investigation and Inquiry.

“Inquiry ini dia buat persoalan dan pertanyaan melalui dokumen yang sedia ada tapi kalau investigation bermaksud siasatan pun boleh dilakukan balik,”katanya.

Jalil telah dibunuh dan mayatnya dijumpai dalam sebuah ladang di sebuah daerah di Hong Kong pada Julai 1983.

Insiden ini dikaitkan dengan skandal BMF yang telah menyalurkan dana berbillion ringgit kepada Carrian Group.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.