Trump Lawat Asia: Agenda Penting PM Sudah Dibincangkan Di US

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan melawat Asia pada bulan November ini dengan negara yang akan dilawatinya ialah Tokyo, Seoul, Beijing, Hanoi, Manila dan Hawaii. Lawatan itu akan diadakan mulai 3 hingga 15 November ini.

Namun apa yang peliknya ialah pembangkang telah membuat kecoh dengan mempersoalkan kenapa Trump tidak melawat Malaysia bagi membalas lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Washington pada 12 September lalu.

Harus diingat bahawa Najib baru bertemu dengan Trump pada bulan lepas dan semua topik penting telah dibincangkan dalam pertemuan antara mereka. Malah pertemuan itu juga baru diadakan.

Meskipun beliau adalah presiden, namun sudah tentu Trump akan mengambil masa untuk melawat dunia.

Itupun jadual Trump sudah padat. Jadi tiada apa yang peliknya jika Trump tidak singgah di Malaysia. Hanya pembangkang yang sengaja menjadikan ia sebagai isu.

Najib ke White House pun atas jemputan Trump dan fakta itu sudah cukup penting kerana beliau ke sana tanpa perlu melobi atau membayar jutaan ringgit semata-mata untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat.

Selepas gagal memburukkan imej Najib menerusi lawatan ke Amerika Syarikat pada bulan lepas, pembangkang cuba mengalihkan isu dengan mempersoalkan kenapa Trump tidak melawat negara ini.

Semua itu tidak penting sebaliknya topik penting sudah selesai dibincangkan dengan Trump. Agenda utama Najib telah disampaikan kepada Trump.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.