Tak Sangka! Finalis ‘Stand Up Comedy Indonesia 4’ Ini Semakin Popular Di Malaysia

Pernah dengar nama Dzawin? Siapa yang suka tengok stand up comedy mesti tahu. Dzawin Nur Ikram merupakan tiga finalis di Stand Up Comedy Indonesia (SUCI) 4.

Namun sayang, namanya tidak menyerlah dinegara sendiri dan tidak ramai yang mengenalinya. Dzawin jarang muncul di skrin kaca televisyen Indonesia.

Walaupun demikian, ternyata nama Dzawin cukup dikenali  di Malaysia. Bahkan wajah Dzawin sering muncul di kaca televisyen di Malaysia. Baru-baru ini Dzawin juga terlibat dalam acara bersama artis cantik dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella yang kini menetap di Malaysia.

 

Acara pencarian bakat untuk kanak-kanak (Ceria i- Star) tersebut ditayangkan oleh Stesen TV di Malaysia.

Dzawin menjadi terkenal di Malaysia kerana  mengikuti pertandingan komedi terbesar di Malaysia iaitu Maharaja Lawak Mega. Di acara Maharaja Lawak Mega itu Dzawin menang dan telah mendapat tempat ke-3.

Hadiah yang diterima juga sangat lumayan iaitu wang tunai RM140,000. Bukan itu sahaja, Dzawin juga dapat kontrak kerja sebagai pengacara di salah satu rancangan.

Ini adalah antara gambar-gambar  yang di kongsi di dalam instagram milik Dzawin.

1. Ketika Maharaja Lawak Mega

2. Dia juga boleh menyanyi

3. Menceburi bidang lakonan

4. Dzawin suka melihat anak gunung

5. Stand up comedy di Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.