Saya Akan Berhijab Bila Sudah Sedia – Sheeda

Penyanyi dangdut Sheeda mengakui telah lama menyimpan hasrat untuk berhijab tetapi akan melakukannya apabila sudah benar-benar bersedia.

Menurut Sheeda, dia masih memerlukan masa untuk berhijab dan telah lama memasang niat untuk beralih mendendangkan lagu berunsur ketuhanan.

“Sejujurnya saya memang mempunyai niat untuk memakai hijab namun bukan dalam waktu terdekat kerana saya harus selesaikan beberapa urusan dunia sebelum menuju akhirat.

“Saya berharap agar orang ramai dapat mendoakan yang baik-baik buat saya dan segala apa yang dirancang akan dipermudahkan kelak.

“Insya Allah apabila sampai masanya saya tidak menolak untuk berhijab dan memilih menyanyikan lagu-lagu ketuhanan pula selepas ini.

“Saya sedar apa yang dilakukan sekarang ini hanyalah berlandaskan kehidupan di dunia, cuma apabila sudah berjanji saya harus tunaikan

“Jika boleh saya ingin selesasaikan kesemua kontrak pada tahun ini sebelum memilih untuk berhijab,” katanya, lapor Gempak.

Karnival Jelajah Mesra Medan Jodoh 2017 akan berlangsung pada 6 hingga 15 Oktober depan di Padang Anam, Batu Anam, Segamat Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.