Royalti Lagu PPAP Sama Banyak Dengan Gaji 25 Tahun Bekerja

Baru-baru ini pelawak Piko Taro mendedahkan dia memperoleh pendapatan untuk lagu Pen Pineapple Apple Pen (PPAP) menyamai pendapatan dia bekerja selama 25 tahun.

Kata Piko menerusi rancangan bual bicara Downtown Now, selepas sebulan lagu itu menjadi viral, dia sudah mendapat pulangan lebih beratus juta yen.

Piko atau nama sebenarnya Daimaoi Kosaka mengakui nilai itu bersamaan dengan angka gaji yang diperolehinya selama 25 tahun bekerja, petik Gempak.

Namun, daripada manakah hasil pulangan lagu itu sebenarnya?

Lagu PPAP muncul dalam pelbagai iklan komersial televisyen dan radio serta kolaborasi dengan produk terkenal Jepun.

Piko juga pernah muncul dalam pelbagai muzik video, iklan komersial Softbank dan Sesame Street.

Malah, kafe PPAP dan beberapa siri animasi televisyen turut menggunakan jenama miliknya.

Sementara itu, pencapaian terbesar dalam kehidupan Piko adalah berkahwin dengan model pakaian mandi dan personaliti televisyen, Hitomi Yasueda selepas empat tahun mereka bercinta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.