Respon Opick, Didakwa Poligami

Penyanyi lagu dakwah dari Seberang, Opick menegaskan rumah tangganya tidak pernah bergolak seperti dihebohkan baru-baru ini.

“Rumah tangga saya aman dan isteri saya juga baik-baik saja. Doakan yang baik-baik. Teman-teman yang sengaja memperbesarkan cerita itu,” katanya seperti yang dilaporkan BH.

Sejak beberapa bulan lalu, laporan media Indonesia menyebut penyanyi berusia 43 tahun ini didakwa mengamalkan poligami. Pelantun lagu Rapuh ini dikhabarkan berkahwin senyap-senyap dengan penyanyi latarnya sendiri yang dikenali sebagai Wulan.

Tindakannya itu dikatakan melukakan hati isterinya, Dian, sekali gus membuatkan perkahwinan mereka berantakan.

Dalam pada itu, Opick bagaimanapun mengakui beliau gosip sebegitu tidak memberikan tekanan mahupun mencalarkan reputasinya sebagai penyanyi berimej keislaman.

“Cuba lihat wajah saya. Alhamdulillah, saya baik-baik saja,” katanya.

Opick berkunjung ke ibu negara sempena pelancaran album baharunya yang berjudul Allah Bersamamu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.