Rajinikanth Tak Minat Jadi Ahli Politik

Kebanyakan pelakon veteran Bollywood dipelawa menyertai dunia politik termasuk mendiang Vinod Khanna, Hema Malini, Dharmendra dan Kamal Haasan.

Tidak ketinggalan aktor legenda, Rajinikanth, tetapi nampaknya hero filem Kabali itu kurang berminat untuk menjadi ahli politik.

Menurut Rajinikanth, jika mahu menceburi dunia politik, nama, kemasyhuran dan wang saja tidak mencukupi.

“Ia perlukan benda yang lebih besar untuk beralih kerjaya daripada pelakon kepada ahli politik. Saya harap Kamal Haasan ada benda itu,” katanya.

Ketika menghadiri majlis perasmian peringatan pelakon Tamil legenda, Sivaji Ganesan di Chennai, Rajinikanth berkata, bintang hebat itu meninggalkan pengajaran yang amat berguna kepada pengikutnya dalam dunia politik.

“Sivaji membuktikan untuk berjaya dalam politik, tidak boleh bergantung kepada wang dan kemasyhuran semata-mata.

“Saya sendiri tidak tahu apa faktor besar yang diperlukan itu dan mungkin kerana itu belum berminat untuk jadi ahli politik,” katanyanya.-Hmetrro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.