Pengantin Pilih Tema Ala `Game of Thrones’ Sebagai Konsep Perkahwinan

Sepasang pengantin telah menjadikan minat mereka terhadap filem Lord of the Rings dan Game of Thrones sebagai tema perkahwinan serta sanggup menghabiskan wang kira-kira RM50,000 bagi tujuan berkenaan.

Perkahwinan antara Rekhaza Panji Riawan, 28, dan Sista Mauli Wulandari, 27, diadakan di Jakarta. Seramai 600 tetamu yang dijemput juga diminta memakai pakaian yang sesuai dengan tema berkenaan.

Rekhaza memakai pakaian ala King Joffrey Baratheon manakala isterinya pula mengenakan pakaian ala ratu Galadriel.

“Nasib baik barang di sini tidak semahal di UK,” kata Sista pada hari perkahwinannya itu.

Sista merupakan strategis jenama manakala suaminya pula adalah pengarah kreatif.

Mereka bertemu ketika menuntut di Universiti Binus di Jakarta Barat di mana Sista ketika itu menuntut dalam bidang komunikasi pemasaran manakala suaminya pula menuntut dalam bidang komunikasi visual.

“Rekhaza adalah cinta pertama saya di kolej. Saya bertemunya pada hari orientasi pada 2008,” kata Sista.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.