Penganalisis Politik Ragu Kesahihan Surat Tawaran Syed Saddiq Ke Oxford

Terdapat pelbagai percanggahan fakta didalam surat tawaran menyambung pelajaran ke University Of Oxford yang menjadi ‘drama pengorbanan’ Ketua Armada PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini.

Percanggahan fakta adalah berkaitan tarikh surat tersebut dikeluarkan, tarikh Syed Saddiq menerima surat berkenaan dan tarikh akhir sepatutnya Syed Saddiq membalas surat berkenaan.

“Surat yang kononnya oleh Blavatnik School of Government dihantar pada 17 Mei 2017. Syed Saddiq menerima surat tersebut pada 15 Jun 2017 tetapi diminta untuk membalas surat tersebut pada 11 Mei 2017, ENAM HARI SEBELUM SURAT TERSEBUT DIHANTAR!” tulis penganalisis politik Kapten (B) Abdul Rahmat Tun Hanif mempertikaikan kesahihan tawaran diterima Syed Saddiq.

“Dan mengapa Syed Saddiq memilih 2 Oktober 2017 untuk mengumumkan beliau tidak mahu ke Oxford? Adakah benar beliau ditawarkan (sambung pelajaran) ke sana? Bukankah semester baru di UK bermula pada minggu ke tiga September 2017, secara tepatnya pada 21 September?” soalnya lagi.

Semalam, Syed Saddiq dengan rasa hiba mengumumkan beliau memilih untuk menangguhkan pelajaran ke Oxford dalam jurusan Dasar Awam bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada perjuangan ‘Selamatkan Malaysia’.

Beliau turut mendakwa ditawarkan RM5 juta sebagai habuan untuk meninggalkan PPBM dan melancarkan serangan kepada Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang merupakan Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden PPBM.

“Saya diminta untuk kritik Dr Mahathir seperti masa mesyuarat mereka suruh saya kata yang betul Dr Mahathir ini nak naikkan anak dia saja, Mukhriz.

“Mereka kata semuanya sudah disediakan. Saya cuma perlu baca saja.

“Saya kemudian kena cabar Dr Mahathir dan Mukhriz berdebat dan kalau mereka tidak setuju, buat macam forum ‘Nothing To Hide’,” kata Syed Saddiq.

Dakwanya lagi, beliau mempunyai bukti kukuh bahawa ianya didalangi oleh seseorang dari pejabat Perdana Menteri yang menjadi punca beberapa pemimpin termasuk pengasas dan naib presiden parti meniggalkan parti sebelum ini.

Bidas Abdul Rahmat, tidak hairanlah Syed Saddiq tidak gembira ketika sidang media semalam ekoran tawarannya ke Oxford adalah satu rasuah, walaubagaimanapun Abdul Rahmat mempertikaikan kegembiraan yang terukir diwajah Ketua Armada itu bersama ahli keluarganya sewaktu menerima tawaran daripada universiti berprestij dunia itu sebelum ini.

“Soalan saya kepada Syed Saddiq adalah, sekiranya seseorang menawarkan beliau rasuah, mengapa beliau tidak melaporkannya sepertimana ditetapkan undang-undang? Adakah beliau rela didenda RM100,000 atau ke penjara, atau kedua-duanya?

“Saya rasa kamu berbohong. Pergi buat laporan sekarang, atau teruskan pembohongan dramatik yang selalu anda lakukan,” tegasnya lagi. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.