Pakar Sahkan Kim Jong-Nam Mati Kerana Agen Saraf VX

SHAH ALAM – Ketua Jabatan Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Mohd Shah Mahmood mengesahkan warga Korea Utara, Kim Chol mati disebabkan agen saraf VX.

Beliau yang merupakan saksi keenam berkata, hasil bedah siasat mendapati si mati yang juga dikenali sebagai Kim Jong Nam mengalami bengkak dan lebam pada bahagian kelopak atas mata serta di bawah bibir.

“Si mati mengalami paru-paru membengkak (edema) dan tersumbat termasuk organ lain – sebahagian daripada otak, hati dan limpa.

“Berat paru-paru kanan si mati adalah 600 gram manakala berat paru-paru kiri 420 gram,” katanya di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin.

Tambahnya, berat normal bagi sebelah paru-paru dewasa adalah 300 gram.

Justeru katanya, hasil laporan forensik jelas merupakan kesan sampingan daripada tindak balas agen saraf VX.

Media difahamkan, pada prosiding esok sampel agen saraf VX akan dibawa masuk ke kamar mahkamah selain beberapa pakar toksikologi bebas dan dari Jabatan Kimia akan turut hadir pada perbicaraan tersebut. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.