Mengapa Lim Kit Siang Perlu Melakukan Serangan Peribadi?

FMT melaporkan bahawa Lim Kit Siang telah mengejek saya dan memanggil saya dan seorang lagi pemimpin Umno dari Sabah ‘dua konco Umno’.

Sekiranya berdiri mempertahankan parti anda dari penipuan, fitnah dan serangan menjadikan seseorang itu konco maka setiap ahli politik di dunia ini akan menjadi konco parti sendiri.

Bukankah DAP memecat ahli mereka yang tidak mengikut peraturan parti? Apabila orang menyokong parti mereka, anda memanggil mereka sebagai orang suruhan dan apabila mereka tidak mengikut peraturan parti, anda memanggil mereka pengkhianat dan memecat mereka.

Kit Siang perlu membuat keputusan tentang bagaimana beliau mengharapkan pemimpin parti menunjukkan kesetiaan mereka.

Bukankah semua pemimpin DAP yang tidak bersetuju untuk bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi kekal berdiam dan tidak berani menentang tindakan itu juga dianggap sebagai konco?

Sejak akhir-akhir ini, Kit Siang nampaknya suka mengejek dengan menggunakan nama panggilan yang menghina kepada orang yang tidak bersetuju dengannya.

Dua tahun yang lalu, beliau melawat pejabat SPRM dan memuji-muji mereka tetapi hari ini beliau menghina mereka dengan analogi ‘tiga monyet’ dan meminta Pesuruhjayanya, Dzulkifi Ahmad, dan pegawai kanan SPRM untuk mengambil kursus dalam bahasa Inggeris.

Jadi, apabila beliau rasa beliau boleh menggunakan SPRM untuk menyakiti Umno, SPRM adalah rakannya dan apabila mereka tidak lagi berguna kepada DAP, mereka adalah ‘tiga monyet’.

Tulisan asal oleh:
Salleh Said Keruak, Blog Salleh Said Keruak, 2 Oktober 2017

Link asal artikel:
https://sskeruak.blogspot.my/2017/10/why-is-kit-siang-getting-too-personal.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.