Lelaki Persis Michael Jackson Jadi Tular

Tular di media sosial, Seorang lelaki yang memiliki wajah mirip Penyanyi lagenda pop, Michael Jackson.

Lelaki itu menjadi tular selepas seorang wanita, Lourdes Zavaleta memuat naik gambar teman lelakinya di Twitter dengan kapsyen “Comel betul teman lelakiku hantar gambar selfienya”

Perkongsian itu telah mendapat ribuan retweet daripada orang ramai dan rata-rata mengatakan lelaki berkenaan saling tak tumpah dengan pelantun lagu Man in the Mirror itu.

Lelaki viral itu bernama Sergio Cortes. Jika melihat daripada gaya dan bentuk tubuh memang sangat mirip dengan penyanyi pop terkenal itu.

Namun, lelaki itu bukanlah kekasih Zavaleta.Tetapi, wanita itu menemui gambar tersebut di laman sosial dan berkongsi hanya untuk dijadikan bahan gurauan.

Malah, ramai yang terpesona dengan penampilan Cortes. Dengan struktur tulang pada dagu dan hidung, kening yang lebat, dan mempunyai rambut yang kerinting begitu mirip dengan bintang pop hebat itu.

Cortes dikhabarkan merupakan seorang ahli muzik berasal dari Sepanyol yang mengelilingi dunia untuk membuat persembahan meniru gerak geri Michael Jackson.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.