Lelaki Dibunuh Selepas Tonton Tarian

Seorang dari kasta terendah dipukul hingga maut di negara Gujarat gara-gara menonton orang menari pada sambutan perayaan Dushera, sebuah festival keagamaan Hindu.

Diskriminasi dan kekerasan terhadap kaum Dalit masih lagi berlaku di India, sekalipun undang-undang negara melindungi mereka.

Korban kali ini, Jayesh Solanki, sedang menonton penampilan Garba, sebuah tarian tradisional, bersama sepupunya sehingga datang beberapa orang menghampiri mereka, kata polis yang memperoleh laporan dari Prakash, seorang sepupu Solanki.

“Dia kata, beraninya kamu datang ke sini,” kata orang itu.

“Kami datang untuk menonton Garba, dan sejumlah saudara perempuan dan anak kami juga turut menari. Namun mereka kemudiannya memukul kami,” kata Prakash.

Solanki dibawa seret dan dipukul bertubi- tubi sebelum mereka meninggalkan mangsa itu begitu sahaja.

Mangsa lalu dikejarkan ke hospital, namun meninggal sebelum sempat sampai ke tempat kecemasan.

Di India, terdapat kira-kira 200 juta kaum Dalit.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.