Jalaluddin Hassan Stabil

KUALA LUMPUR – Pelakon Datuk Jalaluddin Hassan yang dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat masalah sesak nafas selepas menjadi tetamu bagi program bual bicara saluran TV Alhijrah, ­Assalammualaikum pada pagi semalam kini berada dalam keadaan stabil.

Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Datuk Izelan Basar berkata, pelakon berusia 63 tahun itu baru sahaja menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dan kini sedang me­nunggu keputusannya, lapor Kosmo.

“Alhamdulillah, Datuk Jalaluddin berada dalam keadaan stabil. Beliau juga baru sahaja menjalani imbasan CT Scan bagi mengenalpasti punca sebenar yang menyebabkannya sesak nafas.

“Kami ada menghantar wakil ke hospital dan akan sentiasa memantau perkembangan kesihatan beliau,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.