Hamidah Pertimbang Ambil Tindakan Tuduhan Syed Saddiq

PETALING JAYA – “Saya tidak menerima duit atau mahu masuk Umno semula”, demikian penegasan yang diberikan bekas naib presiden Prti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Hamidah Osman, menjawab dakwaan Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai liar, beliau turut akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Syed Saddiq.

“Saya tidak pernah dapat tawaran untuk meninggalkan parti dan saya tidak sertai Umno semula,” katanya seperti yang dilaporkan FMT.

Syed Saddiq dalam sidang medianya semalam mendakwa bahawa wujudnya rangkaian dedak yang sistematik sedang digunakan untuk mempengaruhi pemimpin kanan keluar meninggalkan parti.

Beliau juga mendedahkan bahawa tiga pengasas PPBM yang telah keluar parti sebelum ini iaitu Kamarulazman Habibur Rahman, Anina Saaduddin dan Datuk Hamidah Osman adalah individu yang didakwa turut menerima habuan berkenaan.

Bekas ketua penerangan Wanita Umno itu, yang meninggalkan Umno pada 2015 dan bersama menubuhkan PPBM pada September tahun lepas.

Hamidah meninggalkan PPBM pada 16 September lalu.

Syed Saddiq mendakwa beliau ditawarkan RM5 juta untuk mengadakan sidang media mengumumkan beliau akan meninggalkan negara dan memburukkan parti dan pimpinannya.

Beliau mendakwa wang itu ditawarkan dengan syarat beliau menyerang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menter besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau mendakwa diminta untuk menggambarkan pemimpin PPBM hanya memikirkan perjuangan peribadi.

Dr Mahathir adalah pengerusi PPBM, Muhyiddin adalah presiden dan Mukhriz pula timbalan presiden parti.

Umum mengetahui Syed Saddiq tidak mempunyai hubungan baik dengan Hamidah

Hamidah sebelum ini pernah menyifatkan tingkah laku Syed Saddiq antara sebab beliau meninggalkan parti itu.

Pada Mei, Syed Saddiq menyeru Hamidah “berambus” selepas menuduh beliau mendalangi peletakan jawatan lebih 1,000 ahli PPBM Perak.

Beliau juga menggelar Hamidah seorang hipokrit sambil mendakwa Hamidah kecewa dengan keputusan Muhyiddin tidak menamakan beliau ketua PPBM Perak. – AntaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.