Fattah Risau Netizen Marah Hubungan Mesra Bersama Fazura

Pelakon Fattah Amin mengakui bimbang jika cerita hubungan mesranya dengan aktres jelita Fazura menimbulkan isu dan kemarahan dalam kalangan netizen.

Tidak mahu disalah anggap, pelakon tinggi lampai ini menegaskan hubungannya dengan Fazura hanyalah sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu.

“Sejujurnya, saya selesa dengan dia kerana kami pernah berlakon bersama dan dia juga seorang sahabat yang baik,” katanya, lapor mStar.

Pada hari ulang tahun kelahiran Fazura ke 34, pada 27 September lalu, Fattah menghadiahkan 500 kuntuman bunga mawar.

Menjelaskan mengenai pemberiannya itu, pelakon Hero Seorang Cinderella ini menjelaskan hadiah tersebut merupakan tanda ingatan sebagai seorang sahabat.

Pada ulang tahun kelahiran Fattah yang ke 27 tahun pada 14 September lalu, Fazura pula telah menghadiahkan 50 kuntuman bunga mawar kepada Fattah ketika Fazura berada di New York, Amerika Syarikat.

Kisah perhubungan dua bintang ini mula menjadi perbualan hangat peminat ketika bergandingan bersama dalam drama Hero Seorang Cinderella arahan Michael Ang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.