Cinta Laura Dikecam, Pakai Gaun Punggung Terdedah

Hari Batik Nasional telah disambut oleh banyak selebriti Indonesia dan tidak terkecuali adalah pelakon Cinta Laura. Malah dalam media sosial Twitter, pelakon filem The Ninth Passenger ini turut memuatnaik gambar dia mengenakan busana batik.

Dalam foto itu, Cinta Laura membelakangi kamera dan dia mempamerkan sebahagian besar badannya manakala corak batik hanya terlihat di bahagian pinggang ke bawah.

Dalam foto tersebut bahagian belakang Cinta Laura dililit dengan sebuah tali dan dalam foto yang diambil oleh ASEAN photography itu, disebutkan bahwa busana tersebut merupakan karya Anne Avantie.

Foto yang dimuatnaik Cinta Laura melalui akaun Twitter @xcintakiehlx itu hanya menulis “Selamat Hari Batik Nasional!.

Bagaimanapun gambar itu mengundang kecaman daripada netizen yang menyindirnya kerana batik yang dipakai seperti tidak kelihatan sebaliknya mata mereka memfokus ke bahagian lain yakni belakangnya.

“”Seperti tak terlihat batiknya,, apa karna ku gagal fokus ??” tulis @riswankinal48.

“Kamu pake (pakai) baju batik ato (atau) pamer badanmu,” kata @endroarmy96.

Namun tidak kurang pula yang memuji Cinta Laura sebagai seksi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.