Wanita Terkejut Suami Dikahwini Rupanya Datuk Kandung

Seorang wanita tidak menyangka perkahwinan yang dibina dengan suaminya, menjadi satu mimpi ngeri selepas mendapat tahu bahawa lelaki berkenaan sebenarnya merupakan datuk kandungnya sendiri.

 

 

Wanita berusia 24 tahun itu berkahwin dengan suaminya yang berusia 68 tahun dan jutawan itu selepas berkenalan menerusi laman web untuk lelaki tua selama tiga bulan.

 

 

Kedua-duanya menetap di Golden Beach, Miami dan disebabkan keadaan tersebut, mereka tidak mahu mendedahkan identiti.

 

 

Perkara sebenar terbongkar apabila wanita itu melihat gambar suaminya dan alangkah terkejutnya apabila mendapati gambar bapanya yang merupakan anak lelaki itu, berada di dalam gambar terbabit.

 

 

Lelaki berkenaan terpisah dengan keluarganya selepas isterinya berpindah ke tempat lain, dengan membawa bersama anak-anak mereka.

 

 

Dia kemudiannya berkahwin semula dan mendapat beberapa orang anak dengan wanita lain sebelum bercerai pada 2009.

 

 

“Saya berkenalan dengan isteri saya melalui satu laman web yang memaparkan profil gadis-gadis muda yang menarik. Saya dapat mengesan déjà vu tetapi tidak dapat mengetahui kenapa wajahnya seperti biasa dilihat.

 

 

“Apabila dia berjalan masuk ke dalam restoran, kami terpikat,’’ kata lelaki tua itu.

 

 

Sementara wanita itu pula telah dihalau oleh bapanya selepas dia mahu mengahwini lelaki tua terbabit.

 

 

“Apabila saya melihat gambar ayah dalam foto itu, tiba-tiba satu perasaan yang tidak dapat digambarkan muncul.

 

 

“Saya dapat rasakan hubungan kami sangat kuat dan perkara seperti ini tidak cukup kuat untuk memaksa kami putus asa,’’ kata wanita terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.