Polis Tahan Rakyat Australia Hina Jalur Gemilang

SEPANG – Sekumpulan penonton warga asing ditahan polis di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kerana melucutkan seluar untuk menunjukkan seluar dalam yang tertera lambang bendera Malaysia.

 

Kesemua sembilan lelaki tersebut dipercayai rakyat Australia, berbuat demikian di hadapan penonton ketika perlumbaan Formula Satu Grand Prix pada Ahad.

 

Mereka ditahan atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dan menghina bendera negara.

 

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, hasil ujian alkohol mendapati kesemua suspek bertindak sedemikian akibat mabuk.

 

“Semua rakyat asing itu akan ditahan sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut,” katanya. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.