Kesan Tapak Kaki Titanosaur Ditemui

GURUN GOBI, MONGOLIA – Satu kesan tapak kaki terbesar dan dipercayai milik dinosaur Titanosaur telah ditemui di sini, baru-baru ini, lapor Agensi.

 

Tapak kaki yang berukuran 106 sentimeter (sm) panjang dan 77sm lebar itu dipercayai terbentuk kira-kira 70 hingga 90 juta tahun lalu.

 

Difahamkan, Titanosaur merupakan spesies dinosaur berleher panjang dan haiwan itu mencapai saiz kepanjangan melebihi 30 meter.

 

Penemuan sekumpulan pakar itu hasil kerjasama universiti Jepun dan Akademi Sains Mongolia yang membentuk satu kumpulan ekspedisi.

 

Menurut kenyataan dari Universiti Sains Okayama, fosil itu jarang ditemui dan menyifatkan penemuan itu sebagai yang terbaik.

 

“Ini adalah suatu penemuan yang jarang berlaku kerana fosil tapak kaki ini berada dalam sempurna, lebih satu meter panjang berserta kesan kuku kaki dinosaur,”tulis kenyataan itu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!