Kes Bapa, Anak Maut Dirempuh Go-Kart Hampir Selesai

KUANTAN – Siasatan berkaitan kemalangan pada Perlumbaan Automotif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 hampir selesai dan dijangka dapat diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada minggu depan.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata pihaknya telah merakamkan percakapan isteri mangsa Siti Suhaiza Seman, 38, pada tiga hari lalu, manakala keterangan pihak terlibat EIMARace 2016 diambil pada peringkat
awal siasatan.

 

Menurutnya, keterangan itu termasuklah daripada pihak penganjur iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), pemandu dan Persatuan Sukan Permotoran (MAM) yang mengendalikan aspek keselamatan litar perlumbaan, katanya, lapor Bernama.

 

“Kita juga telah menerima minit mesyuarat dan dokumen berkaitan daripada MAM. Semua akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

 

Pada EIMARace 2016, penyelia kilang Izwan Isa, 39, dan anaknya Nur Zulaikha, 5, yang menonton EIMARace 2016 maut akibat dirempuh sebuah kenderaan jenis go-kart yang terbabas selepas bergesel dengan dua kenderaan lain.

 

Kemalangan pada 11.30 pagi 25 Sept di Jalan Sukpa Indera Mahkota di sini, juga menyebabkan Siti Suhaiza dan anak sulung mereka Muhammad Izz Daniel, 7,cedera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.