Harimau Dahan Dijumpai ‘Berehat’ Di Bawah Rumah Penduduk

KUANTAN – Seekor harimau dahan menggemparkan penduduk di Felda Kota Gelanggi 3, Jerantut dekat sini apabila ditemui berada di bawah rumah seorang penduduk di sini hari ini.

 
Timbalan Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Mohd Zaide Mohamed Zin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan berkenaan kira-kira pukul 10.45 pagi dan sekumpulan kakitangan jabatan tersebut diarahkan ke lokasi.

 
“Kami mendapati haiwan berkenaan adalah dari spesis harimau dahan.

 

 

“Bagi mengelakkannya melarikan diri, jaring diletakkan di sekeliling bahagian bawah rumah berkenaan,”katanya petik Utusan.

 
Tambahnya, haiwan itu ditangkap selepas ditembak menggunakan ubat pelali oleh pembantu doktor veterinar yang mana ukuran badan serta jantinanya sedang dikenal pasti.

 
“Ia tidak mengalami sebarang kecederaan dan akan dilepaskan di rizab hidupan liar di Jenderak, Kuala Krau,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.