Firasat Hubungan Putus, Aniston Dakwa Jolie ‘Kaki’ Muslihat

Berita penceraian Angelina Jolie dan Brad Pitt masih hangat diperkatakan. Malah, paparazzi terus membuur berita daripada pasangan itu termasuklah daripada bekas isteri Pitt, Jennifer Aniston.

 

Menurut sumber terdekat pelakon itu, dia sudah lama mempunyai firasat hubungan Pitt dan Jolie akan berakhir dengan perpisahan.

 

“Dia sudah lama menebak hubungan Pitt dan Jolie tidak akan berakhir dengan baik.

 

“Jolie seorang wanita yang penuh muslihat dan bijak memanipulasi, jadi pada satu masa, dia akan meninggalkan Pitt juga,” ujar sumber tersebut.

 

Terdahulu, Jolie didakwa menggoda dan merampas Pitt daripada Aniston ketika berlakon bersama aktor itu menerusi Mr & Mr Smith.

 

Aniston yang kini dilaporkan mengecap bahagia bersama suaminya, Justin Theroux didakwa tidak lagi memikirkan aktor itu.

 

Tegas sumber itu lagi, “Aniston sudah bahagia dengan Theroux dan tidak memikirkan soal Pitt lagi.”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.