Abang Mengamuk Bunuh Adik, Saudara Ditahan

BALING – Seorang lelaki bertindak kejam apabila tiba-tiba mengamuk dan membelasah sehingga mati adik serta ibu saudaranya di Kampung Lanai, Parit Panjang di sini semalam.

 

Dalam kejadian pada pukul 9.45 pagi, lelaki itu membunuh adiknya, Muhammad Azwan Wahab, 25, yang lumpuh dengan menggunakan kayu api dan pengukur kelapa di dalam rumah keluarganya.

 

Ketika insiden Muhammad Azwan yang lumpuh akibat kemalangan pada Januari lalu sedang berbaring di atas katil yang diletakkan di ruang tamu rumahnya.

 

Selepas memukul adik bongsu daripada enam beradik itu, suspek yang berusia 32 tahun kemudian bertindak ganas de­ngan membaling bata ke kepala ibu saudaranya, Rokiah Abdullah, 54. Lelaki itu kemudian memukul kepala dan muka mangsa beberapa kali di halaman rumah.

 

Rokiah sebelum itu cuba menenangkan suspek dan memintanya berhenti daripada memukul Muhammad Azwan.

 

Lelaki itu kemudiannya memukul mangsa yang jatuh di bawah pokok pisang.

 

Polis kemudian lelaki tersebut yang dipercayai mempunyai penyakit mental.

 

Ketua Polis Daerah Baling, Supt Shariffudin Yusof berkata suspek berusia 32 tahun dan dipercayai pesakit mental, mengambil alat pemarut kelapa dan sebatang kayu untuk memukul adiknya, Mohd Azwan Wahab, 25, hingga mati.

 

 

Shariffudin berkata suspek pernah menjalani rawatan psikiatri di Hospital Baling sebanyak dua kali dan sekali di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, selain telah menjalani rawatan hospital selama lebih kurang empat tahun.

 

 

“Suspek mengaku memukul kedua-dua si mati disebabkan ada mendengar bisikan untuk membunuh (gangguan mental),” katanya, petik Bernama.

 

 

Kedua-dua mangsa meninggal dunia tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.