Proton Pamer Model Berkonsepkan Trak Pikap

PERUSAHAN Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) mempamerkan sebuah model konsep trak pikapnya yang terbaharu di karnival Alami Proton 2015 Kompleks Centre of Excellence di Shah Alam, hari ini.

 

Menurut laporan Carlist.my, model tersebut yang belum mempunyai nama menyerlahkan rekabentuk lebih garang.

 

Proton juga masih belum memberikan sebarang kepastian tentang model produksi untuk konsep tersebut.

 

Warga alam maya menyambut baik konsep tersebut dan berharap Proton akan melakukan yang terbaik sekiranya konsep berkenaan memasuki fasa produksi.

 

“Sertakan enjin 3.0 V6 atau pilihan 4.2 V8 yang hasilkan 400-500Nm tork, kereta ini akan menang,” kata Danial.

 

“Wow cantik menarik tertarik. Guna platform Exora ni sebab masih ada pengaruh design Exora di bahagian sisi. Andai kata Proton nak model trak pikap ni into production diharapkan kekalkan nama model ni sebagai Proton Arena,” kata Ahmad.

 

Karnival Alami Proton 2015 yang dijadualkan berlangsung bermula hari ini sehingga esok di Kompleks Centre of Excellence di Shah Alam akan dibuka pada jam 10 pagi hingga 7 petang. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.