Empat Perlawanan Piala Malaysia Hari Ini Ditunda

PETALING JAYA – Empat perlawanan Piala Malaysia yang dijadualkan pada Sabtu ditangguhkan akibat jerebu.

 

Perlawanan yang ditunda adalah Johor DT II melawan Terengganu di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, ATM melawan Sarawak di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan, PDRM melawan Pahang di Stadium Shah Alam dan PKNS melawan Pulau Pinang di Stadium Selayang.

 

Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM membuat keputusan itu komisioner perlawanan memutuskan supaya menangguhkan perlawanan berkenaan selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 di lokasi perlawanan.

 

Bagaimanapun, perlawanan Kumpulan C antara T-Team dan Felda United di Stadium Sultan Ismail di Kuala Terengganu akan diteruskan.

 

Jawatankuasa perlawanan akan mengumumkan tarikh baharu berikutan penangguhan itu. – mstar

One thought on “Empat Perlawanan Piala Malaysia Hari Ini Ditunda

  • October 3, 2015 at 11:48 pm
    Permalink

    Malaysia cup result today – TTeam 2 – 1 Felda United

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.