Zain Dan Che Ta Bersikap Terbuka, Tidak Sekat Anak-Anak Bersosial

Kuala Lumpur – Aktor Zain Zaidin tidak menghalang keinginan anak-anak tirinya iaitu Ammar Effendy (18) dan Aniq Ezzra (16) sekiranya mereka mahu keluar bersosial dan mengenal dunia luar kerana sebagai ibu bapa, dia dan isterinya Che Ta tidak mahu menyekat naluri dan rasa ingin kedua-dua anak bujang mereka yang kini sedang meningkat dewasa itu.

Namun kata pelakon yang popular dengan sitkom ‘Oh! My English!’ ini, kebebasan yang diberikan kepada Ammar dan Aniq, tidaklah bermaksud kedua-dua anak tirinya itu boleh berbuat apa saja yang mereka suka yang membawa kepada akibat buruk atau sesuatu hal yang boleh mencemarkan nama baik dia dan Che Ta.

“Saya pun dulu pernah remaja. Ibu saya terbuka dalam segala hal dan saya di didik dengan cara terbuka. Lagipun anak-anak ni, lagi kita halang lagi mereka suka, lagi mereka nak buat. Jadi dalam hal ini saya dan Che Ta mengambil pendekatan menjadi lebih terbuka.

“Biarlah mereka rasa sendiri pengalaman-pengalaman dunia luar. Tetapi tidaklah sampai mereka boleh buat apa saja sesuka hati mereka. Saya dan Che Ta berikan mereka kebebasan asalkan mereka tak melakukan atau terjebak dengan perkara-perkara yang bukan-bukan dan tak berfaedah”, katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai model HotPerfumes, bertempat di hotel Concorde, Shah Alam, semalam.

Zain berkata demikian selepas diminta memberi pandangannya terhadap komen sesetengah peminat yang memberikan tanggapan negatif ekoran Ammar baru-baru ini memuat naik foto da dan teman-temannya berseronok di kelab malam.

“Kalau tentang Ammar ke kelab malam, itu memang atas pengetahuan saya dan Che Ta. Kami bagi dia pergi sebab dia rasa tertanya-tanya dan nak tahu. Jadi, biarlah dia pergi dan tengok sendiri. Saya rasa dia pun tahu bagaimana nak jaga nama baik ibu bapa dia. Tahu nak jaga status ibu bapa dia.

“Kalau dia buat apa-apa perkara yang kurang elok, bukan saja nanti kami sebagai ibu bapa yang terima kesan tapi dia sendiri juga akan terima akibatnya. Orang tetap akan kecam dan kritik dia. Dan andai kata kalau dia tersilap langkah sekalipun, dia sendiri yang dapat pengajaran daripada apa yang dia lakukan tu. Biar lah dia rasa (pengalaman) sendiri”, katanya.

Selain bersikap terbuka, Zain dan punya cara tersendiri untuk mendisiplinkan anak-anak mereka. Kalau Che Ta sedia dilihat sebagai seorang ibu yang memanjakan anak. Zain pula memberitahu, dia lebih mengutamakan dari segi disiplin. Malahan Zain dan Che Ta juga akan perihal dengan siapa anak-anak mereka berkawan.

“Che Ta memang manjakan Ammar dan Aniq. Macam baru-baru ni dia belikan Ammar kereta BMW. Apa salahnya kan… Memang itu janji dia pada anak dia lagipun Ammar dapat keputusan yang sangat baik. Saya dulu pun, ayah saya hadiahkan kereta Satria sewaktu dapat keputusan SPM. Tapi masa zaman tu, kereta Satria tu kira dah macam best kalau siapa yang ada, kan.

“Kalau saya pula tentang soal didik anak, saya juga akan manjakan tapi disiplin mereka tu tetap diutamakan. Walaupun saya dibesarkan dalam keluarga yang berfikiran terbuka, tapi disiplin tetap yang utama”, ujarnya lagi yang kini berdebar menunggu saat Che Ta bakal melahirkan cahaya mata mereka, yang dijangka pertengahan Oktober ini.

Tambah Zain lagi, Ammar dan Aniq juga sering berkongsi rahsia dalam banyak hal dan meminta pandangannya sebelum mereka hendak berbuat sesuatu.

“Ammar dan Aniq selalu juga kongsi rahsia mereka dengan saya. Macam Ammar dia banyak bertanya dan minta nasihat. Macam Ammar dia banyak bertanya dan minta nasihat yang tentang macam mana nak kenal seseorang kawan perempuan.

“Pada saya anak-anak ni kalau kita sebagai ibu bapa bersikap terbuka dan beri kepercayaan kepada mereka, mereka pun akan bagi kepercayaan kepada kita”, katanya.

Sementara itu, menyentuh mengenai pemilihannya sebagai model jenama pewangi Hot Perfume, Zain bersyukur kerana rezekinya semakin murah sekaligus menyifatkan tawaran tersebut sebagai rezeki bakal anaknya.

“Alhamdulillah, rezeki anak. Saya ditawarkan sebagai model produk ini kira-kira enam bulan lalu. Saya tak ambil masa lama untu bersetuju. Lagipun saya memang suka bauan yang wangi. Produk ini pun antara produk Malaysia jadi ini juga sebagai tanda okongan saya kepada produk tempatan”, katanya.

Dalam pada itu, Pengarah syarikat HotPerfumes dan Air Freshners Industries Sdn Bhd (HPAFISB), Tuan Syeikh Ahmad Shazali Zahidi berkata, pemilihan Zain sebagai model HotPerfumes dengan slogan ‘Oh My HotPerfumes seiring dengan matlamat untuk memasarkan dan menarik lebih ramai pengguna bukan muslim kerana Zain mempunyai aura dan peminat dikalangan peminat Melayu juga bukan Melayu.

Bagi kami, personaliti dan populariti yang dimilik Zain melambangkan 1Malaysia kerana bukan saja mempunyai peminat dikalangan Melayu dan bukan Melayu. Ia seiring dengan misi syarikat kami iaitu mahu menarik minat para pengguna dikalangan pelbagai bangsa”, katanya.

Memasuki pasaran hampir tujuh tahun, produk HotPerfumes terdiri daripada pewangi badan lelaki & perempuan, pewangi pejabat rumah, penyegar udara dan pewangi kereta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.