Soalan Bocor UPSR : Kerajaan Lantik Dua Lagi Anggota Jawatankuasa

Kuala Lumpur – Kementerian Pendidikan hari ini melantik bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Kee Mustafa dan bekas Pengetua Cemerlang Sarawak, Chan Kim Kuay @ Christopher Tan bagi menganggotai Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam Kendalian Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Pelantikan mereka diumumkan dalam satu kenyataan oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

Idris berkata, pelantikan dua anggota tambahan itu yang diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membantu dan menyumbang kepakaran mereka dalam jawatankuasa bebas berkenaan.

Kerajaan sebelum ini melantik bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi sebagai Pengerusi Jawatankuasa itu, selain lapan lagi anggota susulan berlakunya kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), baru-baru ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.