Shila Amzah Jawab Dakwaan Den Wahab

Kuala Lumpur – Penyanyi, Shila Amzah kembali bersuara dan menjawab dakwaan hutang melibatkan bapanya, ND Lala dan Den Wahab.

Shila melalui akaun twitternya berkata, Den sengaja menimbulkan soal hutang berkenaan walaupun ia telah lama berlaku.

“Cakap saya biadap sebab lindungi keluarga saya? Awak lagi biadap sebab timbulkan isu yang tiada sekarang. Dari tahun 2000 hingga 2014, baru timbul soal hutang?

“Kami pernah susah, bisnes jatuh tetapi tidaklah sampai meminta untuk makan di rumah orang — kami enam orang boleh kongsi sebungkus nasi tanpa berhutang dengan awak,” tulisnya.

Menjawab kenyataan itu, Den yang tampil menerusi akhabar Harian Metro hari ini menegaskan tidak mahu peduli mengenai komen Shila berhubung perkara itu.

Ini kerana katanya, Shila tidak tahu apa-apa mengenai hutang bapanya dan masih kecil ketika kejadian itu berlaku.

“Dia masih kecil lagi masa itu, manalah dia tahu hutang bapa dia. Biarlah dia nak kata apa, kalau dia (ND Lala) tak berhutang takkan saya gila pula nak kata dia berhutang secara tiba-tiba. Kalau dia bayar pun saya akan sedekahkan pada anak yatim dan rumah tahfiz saja. Satu sen pun saya takkan ambil,” ujarnya.

Sebelum ini, pelakon Den Wahab mendedahkan bapa kepada Shila, ND Lala pernah berhutang wang sebanyak RM15,000 kira-kira 14 tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.