Real Hampir Dikejutkan Ludogorets

Safia – Cristiano Ronaldo membantu juara bertahan Real Madrid mengatasi kejutan awal di Bulgaria dan meraih tiga mata menerusi kemenangan 2-1 ke atas Ludogorets Razgrad.

Ludogorets, kelab negeri yang baru berusia 13 tahun, mengejutkan juara Eropah 10 kali itu dengan jaringan pada minit keenam.

Ronaldo pula gagal menyempurnakan sepakan penalti manakala satu jaringannya dibatalkan sebelum menemui gawang menerusi penalti kedua untuk menyelamatkan Real dalam tempoh 25 minit pertama.

Penyerang Perancis, Karim Benzema memastikan reputasi Real tidak tercalar dengan gol kemenangan 13 minit sebelum wisel penamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.