Penumpang Gagal Balik Raya, Ditipu Operator Bas Ekspres

Kuala Lumpur – Kira-kira 30 penumpang sebuah bas ekspres di sini berang selepas didakwa ditipu oleh operator bas terbabit.

Mereka dijadualkan bertolak dari Pudu Sentral pada jam 8 malam ini, namun perjalanan bas ke utara itu ditunda dan penumpang diarahkan untuk menaiki bas yang lain selain diminta membayar surcaj RM5 daripada tambang asal.

Namun hasrat untuk pulang berhari raya sempena Aidiladha tidak kesampaian susulan bas yang dinaiki itu pula tidak mempunyai permit setelah ditahan dalam satu operasi oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Keadaan menjadi kecoh apabila kalangan penumpang yang tidak berpuas hati memarahi pemandu bas ekspres tersebut selain meminta wang dikembalikan.

Suasana tegang berjaya ditenangkan pegawai SPAD yang berada di situ. – Astro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.