Misteri Gumpalan Rambut 4kg Terbongkar

Kygyzstan – Doktor menemui segumpal rambut seberat empat kilogram dalam perut seorang remaja yang sebelum itu mengadu mengalami sakit perut dan tidak selera makan.

Remaja terbabit, Ayperi Alekseeva, 18, dimasukkan ke hospital Bishkek di bandar Kyrgyzstan oleh kedua ibu bapanya pada Isnin lalu selepas mengadu sakit perut dan hilang selera makan sehingga menyebabkan berat badannya turun,” memetik laporan Yahoo News.

Pakar bedah hospital berkenaan, Bahadir Bebezov berkata hasil pemeriksaan, pihaknya menemui empat kilogram gumpalan rambut di dalam perut Ayperi dan pembedahan segera perlu dilakukan untuk membuangnya.

Menurutnya, gumpalan rambut itu boleh membawa maut kerana menghalang sistem penghadaman dalam perut, dehidrasi dan kekurangan zat makanan.

“Keadaan perutnya membengkak akibat gumpalan rambut yang semakin banyak dan apabila kita memotong dinding perutnya, gumpalan rambut itu keluar dengan mudah.

“Dia (Ayperi) mempunyai tabiat suka makan hujung rambut dan helaian rambut yang ada di permaidani sehingga menyebabkan bilangan helaian rambut semakin banyak dalam perutnya.

“Remaja ini adalah seorang yang sihat namun tabiatnya yang suka makan rambut adalah tidak sihat,” katanya.

Beliau bersama rakannya, Tilek Umetaliev berkata berkata, kejadian itu adalah yang terbesar melibatkan rambut dalam perut dalam tempoh 50 tahun rekod perubatan.

Katanya, remaja tersebut masih menerima rawatan sehingga hujung minggu ini sebelum dibenarkan pulang.

Menurutnya lagi, remaja itu juga berjanji tidak akan mengulangi tabiat buruknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.