Kantin Racun Disenaraihitamkan

Shah Alam – Kementerian Pendidikan (KPM) disaran menyenaraihitamkan pengusaha kantin dan dewan makan asrama sekolah yang terlibat dengan kes keracunan makanan sebagai tindakan tegas kerana cuai.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata peningkatan kes keracunan makanan setiap tahun melibatkan pelajar sekolah perlu dilihat secara lebih serius dalam memastikan makanan yang disediakan kepada generasi muda sentiasa bersih, selamat dan sihat.

Jelas beliau, sebagai pihak bertanggungjawab dalam pelantikan penyedia makanan itu, KPM diharap mengenakan syarat lebih ketat termasuk membatalkan kontrak serta tidak melantik semula pengusaha kantin yang mempunyai rekod kes seumpama itu.

“Kebanyakan insiden (keracunan makanan) berlaku kerana mereka (pengusaha kantin) tidak mematuhi pelbagai syarat yang ditetapkan dan tak beri tumpuan kepada aspek kebersihan dan kesihatan dalam penyediaan makanan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.