Kalau Nak Ilmu, Mesti Guna Bahasa Inggeris – Dr Mahathir

Kota Bharu – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, penguasaan Bahasa Inggeris dalam bidang sains dan matematik dalam kalangan rakyat penting untuk mengelakkan negara daripada ketinggalan dalam bidang yang semakin berkembang itu.

“Kalau kita nak ilmu terutama dalam bidang sains dan Matematik kita mesti guna bahasa Inggeris kerana kebanyakan ilmu adalah dalam bahasa ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk “Peri Pentingnya Bahasa Inggeris di Abad Ke-21, Zaman Digital” di Wadi Sofea College (WaSC) di sini, hari ini.

“Kita akan jadi bangsa yang tidak mampu mencipta apa-apa jika gagal menguasai ilmu sains dan matematik yang kebanyakan ilmunya adalah dalam bahasa Inggeris,” katanya lagi.

Mahathir berkata, terdapat banyak kaedah yang boleh diguna pakai untuk meningkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

One thought on “Kalau Nak Ilmu, Mesti Guna Bahasa Inggeris – Dr Mahathir

  • September 21, 2017 at 9:36 am
    Permalink

    Mengapa kita tidak melaksnakan alternatif terbaik yg telah dilaksnakan oleh bangsa eropah semasa zaman revolusi dahulu? IAITU membina pasukan/jabatan yang menterjemahkan dan cetak semula ilmu2 ini ke dalam BAHASA MELAYU?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.