155 Pendatang Asing Berasak-Asak Menyorok Dalam Kondo

Kuala Lumpur – Penemuan mengejutkan apabila seramai 155 warga asing etnik Uighur dari China dikesan bersembunyi dalam keadaan berasak-asak di dua unit kondominium di Bukit Jalil di sini.

Kumpulan itu termasuk 76 kanak-kanak dan bayi dipercayai melarikan diri dari China sebelum menyeludup masuk ke negara ini melalui [lorong tikus’ sejak lebih tiga minggu lalu.

Difahamkan kumpulan itu menggunakan pengangkutan laut bagi melarikan diri dari penempatan asal di kawasan barat laut Xinjiang, China dan menjadikan Malaysia sebagai lokasi persembunyian sementara.

Tindakan semua pendatang tanpa izin itu bagaimanapun dibongkar Jabatan Imigresen Kuala Lumpur diketuai Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa yang melakukan serbuan di lokasi itu bersama 37 anggotanya.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 malam kelmarin, lebih 90 warga asing itu didapati tinggal berasak-asak di dalam sebuah unit kondominium tiga bilik manakala 65 individu lagi tinggal di unit kondominum berhampiran.  – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.