Tiap Kali Lim Guan Eng Buka Mulut Pelabur Lari dan Saham Jatuh – Shamsul

KUALA LUMPUR – Umno mendakwa antara punca ekonomi negara merosot adalah disebabkan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng, mengatakan ia tidak memberi keyakinan kepada pelabur untuk terus melabur di negara ini.

Ketua Penerangan Umno, Shamsul Anuar Nasarah berkata setiap kali Lim “buka mulut” dan membuat sebarang kenyataan berhubung kedudukan ekonomi negara, maka setiap kali itulah harga saham di bursa saham akan menurun.

“Pakatan Harapan (PH) adalah kerajaan yang tidak berkeupayaan mewujudkan keyakinan kepada pelbagai pihak, baik rakyat Malaysia atau peniaga dan pelabur.

“Kalau pemimpin tidak diyakini, ia akan memberi masalah kepada negara, kemudiannya memberi kesan kepada rakyat.

Lain-lain berita;

Terkini! CASSA Seru Lim Guan Eng Jangan Buka Mulut Isu Kempen Utamakan Produk Muslim

Malaysia Hadapi Kejatuhan 4 Indeks Prestasi Serentak – Pensyarah

Harga Saham 20 GLC Jatuh Sejak PH Berkuasa

“Apa yang diucapkan perdana menteri, menteri kewangan atau menteri lain tidak diyakini. Apabila tidak diyakini, ia akan menjadi masalah kepada negara dan menjadi masalah kepada mereka (menteri Kabinet) juga,” katanya dalam jelajah ceramah umum sempena himpunan penyatuan ummah di Taman Maluri, malam tadi.

Sewaktu berucap di depan kira-kira 300 hadirin yang hadir, Shamsul turut mempersoalkan keupayaan Dr Mahathir Mohamad membawa pelaburan masuk ke dalam negara yang menurutnya sehingga kini masih tidak kelihatan hasilnya.

“Mana sahaja negara yang perdana menteri kita tidak pergi, dia sudah pergi ke Jepun, China, Amerika Syarikat, Pakistan, Turki dan pelbagai negara lagi sewaktu siri lawatannya ke luar negara, apakah pelaburan yang dibawa masuk.

“Zaman kita (Barisan Nasional) tidak perlu perdana menteri yang pergi, cukup menteri kewangan sahaja yang pergi, itupun sudah banyak pelaburan. Kalau perdana menteri ketika itu yang pergi maka lagi banyaklah pelaburan dibawa masuk,” katanya.

Menurutnya, pada 2016 sewaktu dalam rangka lawatan Najib Razak ke China, bekas perdana menteri itu berjaya membawa pelaburan ke dalam negara dengan nilai yang cukup besar.

“Tidak kurang RM143.46 bilion dalam bentuk pelaburan. Apabila pelaburan berjaya dibawa balik ke dalam negara, maka rahmatnya adalah untuk rakyat.

“Kini, sudah berapa kali perdana menteri kita pergi China, apakah pelaburan yang dibawa, mana ada. Kenapa tidak ada, kerana orang tidak yakin,” katanya. – FMT

Lain-lain berita;

Nilai Ringgit Jatuh Bukan Kerana PH Tapi Disebabkan Donald Trump – Dr Mahathir

Rizab Antarabangsa Bank Negara Menyusut RM3.35 Bilion Lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.