Penyelia Syarikat Maut Dibelasah Pengawal Keselamatan Warga India

PETALING JAYA – Seorang penyelia di sebuah syarikat ditemui maut dalam keadaan terbaring lengkap berpakaian dan berlumuran darah di tandas kakitangan keselamatan di sini hari ini.

Dalam kejadian tersebut, mangsa, Lee Poh Meng, 54, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari pekerja di premis berkenaan pada pukul 3.18 petang.

“Hasil semakan televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati, kejadian berlaku semalam kira-kira pukul 6.10 petang yang menunjukkan mangsa telah dipukul berkali-kali menggunakan topi keledar oleh seorang lelaki.

“Suspek merupakan lelaki warganegara India yang dikenali ‘Don’ dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya, punca kejadian adalah disebabkan kegagalan mangsa membayar gaji pengawal keselamatan di syarikat terbabit.

“Bagaimanapun, pada pukul 6 petang hari ini, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah membuat tangkapan terhadap tiga individu di pekarangan sebuah kondominium,” ujarnya.

Mengulas lanjut, kesemua tiga lelaki terbabit terdiri daripada seorang warga tempatan dan dua warga Nepal berusia dalam lingkungan 26 hingga 42 tahun.

“Ketiga-tiga lelaki terbabit merupakan pengawal keselamatan di syarikat berkenaan dan kita juga telah merampas sebuah dekoder CCTV bagi membantu siasatan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke PPUM untuk bedah siasat pada esok hari kira-kira pukul 10 pagi,” jelasnya.

Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Kosmo!

Lain-lain berita menarik;

Terkini! PPIM Akan Lancar Aplikasi Mantapkan Kempen Utama Produk Muslim, Bumiputera

Sikap Bertoleransi Jangan Sampai Meruntuhkan Agama – Titah Agong

Dulu Rafizi Suruh Jual Jet Peribadi Kerajaan, Sekarang Diam Membisu Pula – Najib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.