Paderi Haramkan Buku Harry Potter, Bimbang Disalah Guna Seru Roh

WASHINGTON – Paderi sebuah sekolah mubaligh di Nashville dinasihatkan supaya mengharamkan siri novel Harry Potter berhubung kebimbangan ia boleh digunakan untuk menyeru roh.

Dan Reehil menghubungi individu yang mampu menghalau syaitan bomoh di Rome dan Amerika Syarikat, yang mencadangkan novel fantasi itu dibuang daripada perpustakaan Sekolah Katolik St Edward di Tennessee.

Dilancarkan pada 1997, siri buku itu berkisar mengenai kisah baik dan buruk yang tertumpu kepada pengembaraan ahli sihir muda ketika bergelut menentang ahli sihir jahat, Lord Voldemort.

“Sumpahan dan mantera yang digunakan dalam buku itu adalah yang sebenar; yang bila dibaca oleh manusia berisiko menarik kehadiran semangat jahat pada individu yang membaca teks itu,” kata paderi berkenaan dalam emel yang diperoleh media tempatan.

Superintenden sekolah bagi Daerah Katolik Nashville, Rebecca Hammel, memberitahu akhbar The Tennessean bahawa Reehil mempunyai kuasa membuat keputusan itu.

Walaupun sekolah itu pernah menyimpan buku berkenaan, ia tidak ditawarkan kepada pelajar di perpustakaan yang baru dibuka.

Siri Harry Potter tulisan J K Rowling berulang kali diharamkan daripada sekolah di AS dan Britain, kerana didakwa menggalakkan nilai jahat atau ilmu hitam. — AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.