Wujud Akaun Palsu Fitnah Zara Zya

KUALA LUMPUR  – Selepas selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kelenjar di bahagian pipi pada Julai lalu, pelakon, Zara Zya, 32, diduga lagi dengan kewujudan satu akaun palsu yang dibuat untuk memfitnah dirinya.

Menurut Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, dia tidak mengetahui siapa yang menjadi dalang wujudnya akaun Instagram palsu itu.

“Saya tak kenal awak dan awak pun tak kenal saya. Tapi fitnah bertubi-tubi. Siap cakap saya buat hidung, buat muka. Marilah jumpa depan-depan,” katanya dalam status Instagramnya.

Walaupun terkilan, Zara turut memberitahu yang dia memaafkan individu tidak bertanggungjawab itu dan berharap supaya perkara ini tidak diteruskan.

“Kesian hati manusia hitam macam ini. Dengki dengan org lain tanpa sebab. Tak kisah la siapa pun awak, semoga hati awak gembira lepas ni okay.

“Jom kita doakan dia supaya hati dia bersih. Kesian dia hidup dgn hasad dengki,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.