Penduduk Gempar Buaya Atas Jalan Di Bandar

LIMBANG – Orang awam yang melalui stesen minyak di Kawasan Perindustrian Limbang di sini, gempar apabila seekor buaya besar ditemukan di atas jalan raya di tengah bandar ini pada awal pagi ini.

Jurucakap bomba ketika dihubungi berkata, kehadiran buaya berhadapan kedai tayar, West Lake Tyre itu disedari pada pukul 7.36 pagi.

Katanya, bimbang dengan keselamatan, orang awam segera menghubungi pihak bomba untuk membantu menangkap reptilia tersebut.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang yang dihantar ke lokasi kejadian berjaya menangkap buaya tersebut.

“Buaya tersebut dibawa ke BBP Limbang sementara menunggu untuk diserahkan kepada Sarawak Forestry Corporation,” katanya. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.