Pemandu Wanita GrabCar Ditahan, Maki ‘Polis Babi’

BAYAN LEPAS ― Seorang pemandu wanita GrabCar wanita menghamburkan kata-kata kesat terhadap anggota polis selepas disaman kerana menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Suspek wanita, 33, dikatakan mengeluarkan ungkapan “kaki buli” dan “polis babi” kira-kira jam 10 malam tadi, lapor BH.

“Anggota terbabit sudah beberapa kali menasihati suspek supaya berhenti memarahi dan memaki, namun dia terus berdegil,” kata ketua polis daerah Barat Daya.

Supt A Anbalagan berkata suspek kemudian ditahan di jalan masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) kerana menghalang tugas kakitangan awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.