Korea Utara Dakwa Berjaya Bangunkan Bom Hidrogen

SEOUL – Korea Utara mendakwa berjaya membangunkan senjata nuklear pemusnah lebih hebat dan dalam peringkat pemeriksaan, lapor agensi berita tempatan.

Pemimpinnya, Kim Jong-un dilaporkan memeriksa bom hidrogen yang akan dimuatkan bersama peluru berpandu balistik rentas benua (ICBM) baharu.

Agensi berita Korea Utara (KCNA) melaporkan, bom hidrogen dikatakan boleh dilaraskan kepada beberapa ratus kilo tan dan berupaya diletupkan pada ketinggian maksimum.

Kebanyakan komponen yang dicipta sendiri membolehkan negara itu membangunkan seberapa banyak senjata nuklear dimahukan. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.