Khalid Bersara Wajib Esok, TPM Umum Ketua Polis Baharu

KUALA LUMPUR – Tan Sri Khalid Abu Bakar secara rasmi akan menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Ketua Polis Negara esok.

Majlis serah terima tugas jawatan tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu akan diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Jalan Semarak, lapor Kosmo.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan hadir bagi majlis tersebut pada pukul 8.30 pagi esok.

Difahamkan, Ahmad Zahid juga akan mengumumkan Ketua Polis Negara yang bakal menggantikan Khalid.

Selain itu, persaraan Khalid yang berkhidmat selama 40 tahun dalam pasukan beruniform itu turut diraikan dalam Majlis Paluan Berundur yang diadakan Padang Kawad, Pulapol petang esok.

Khalid yang akan genap berusia 60 tahun pada 5 September ini sebelum mengakui tidak akan menyambung kontrak perkhidmatan sebagai Ketua Polis Negara selepas tarikh kelahirannya itu yang juga tarikh rasmi persaraannya.

Khalid yang berasal dari Negeri Sembilan memulakan kerjaya dengan PDRM pada 1976 dan pernah menyandang pelbagai jawatan sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan pada 2005.

Beliau juga dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebelum memegang jawatan Ketua Polis Selangor pada Jun 2007.

Pada 17 Mei 2013, Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang tamat tempoh pelantikan secara kontrak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.