Isteri Disimbah Asid Sehingga Tak Dapat Bercakap, Mata Kiri Buta

Gara-gara pertengkaran hubungan suami isteri, seorang wanita disimbah asid oleh suaminya.

Menurut Tribunnews, kejadian dahsyat itu berlaku kepada seorang wanita bernama Atsede Nigussiem.

Difahamkan, suaminya, Haimanit Kahsai menyimbah asid ke wajah isterinya selepas berlaku pertengkaran.

Kemudiannya, Atsede meminta pertolongan daripada jirannya selepas berasa teramat sakit.

Sehubungan itu, Atsede kini masih dirawat dan mengalami kecederaan serius sehingga menyebabkan perubahan fizikal tidak dapat bercakap dan buta mata kiri.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.