Ibu Bunuh Lelaki Untuk Balas Dendam Kerana Telah Rogol Anaknya Enam Tahun

Florida (Amerika Syarikat) – Seorang wanita mengaku membunuh remaja lelaki bagi membalas dendam perbuatannya merogol anak perempuannya yang baru berusia enam tahun.

Connie Serbu memerangkap Xavier Sierra, 18, selepas membawanya ke kawasan hutan dan bersemuka dengannya mengenai serangan seksual terhadap anaknya.

Dia kemudian menembak mati remaja itu dan menghubungi polis untuk menyerah diri.

Menurut polis, ketika ditahan ibu beranak dua itu dilaporkan berkata: “Saya tidak peduli. Dia merogol dan meliwat anak perempuan saya.”

Mayat Sierra ditemui di tepi hutan pada 7 Julai tahun lalu, lapor Naples News.

Mayat adik lelaki Connie, John Vargas, 29, turut ditemui tidak jauh dari situ selepas dilaporkan terbunuh ketika membantu perancangan dendam kakaknya.

Connie memberitahu penyiasat, anaknya mengadu dirogol pada Mei 2016, beberapa tahun selepas kejadian berkenaan sebenarnya berlaku.

Kanak-kanak itu merayu supaya ibunya tidak mengapa-apakan Sierra, tetapi wanita itu terlalu marah dan mula merancang pembunuhan remaja berkenaan.

Susulan itu, Connie menghantar pesanan teks kepada Sierra pada Julai lalu untuk mengupahnya membuat katil.

Hasil siasatan menunjukkan Sierra dibunuh pada pertemuan itu dengan mayatnya menunjukkan enam kesan tembakan.

Connie kini berdepan tuduhan bunuh tahap kedua. – Agency

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.