Gila Glamor, Wanita Ancam Gugur Kandungan Jika Netizen Tidak Retweet 4,000 kali

Gila glamor. Itu perkataan sesuai untuk wanita ini yang mengancam untuk menggugurkan kandungannya yang berusia empat bulan jika postingnya dalam akaun twitter tidak diretweet sebanyak 4,000 kali.

Ternyata dia menagih perhatian ramai dan gara-gara posting tidak masuk akal itu, wanita terbabit dikecam hebat dan dikatakan tidak layak mempunyai anak.

Namun ada yang berpendapat dia hanya mahu mencari sensasi menerusi akaun Twitter @saipating.

“4 months pregnant. 4k RTs & I won’t abort it,” demikian tulisnya dalam akaun twitter itu.

Dipetik dari laman Viral4real, daripada sekian banyak komen-komen di situ, seorang lelaki mengaku sebagai bapa kepada bayi yang dikandung oleh wanita itu.

Lelaki berkenaan dengan akaun `Raja Nathan’, hanya mengetahui kekasihnya itu hamil melalui media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.